Pokjakbiz Blog

Langkah Menuju Kejayaan

Rahsia Penipuan Diinternet

Kita selalu mendengar kes penipuan di Internet yang berlaku kepada newcomers (newbie) IM dalam keghairahan mereka mengumpul kewangan dan menambahkan pendapatan sampingan dengan melabur dalam pelbagai program. Sebagai newcomers IM yang bijak kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi wang kita. Malah saya sendiri pun akui tanpa segan silu, pernah mengalami situasi sebegini. Kecuaian menyebabkan kita lebih berwaspada. Beberapa precaution yang perlu newcomers IM ambil sebelum menyertai sesuatu program pelaburan yang sah.

1) Siasat siapakah penganjur program tersebut. (NAME)

Siasat siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Perkara terang-terangan yang dilakukan bagi menipu orang ramai dengan menggunakan nama samaran seperti KakChik, Abg Man, Siti dan sebagainya dan sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka seperti ini. Penyelesaiannya, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu program pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

2) Janji yang melampau-lampau. (OVER PROMISE)

Adakah janji program pelaburan yang diuar-uarkan melampau-lampau?. Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk dek akal manusia? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan melalui Internet bukanlah perkara yang mudah yang disangka. Tidak ada perniagaan di dunia ini secara offline mahupun online goyang kaki, duit masuk. Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE di dalam minisite mereka! When it is too good to true, then it is not true. Biasanya bunyi macam ini.

-saya gagal jana wang..
-hutang bertambah..
-kena mintak tolong saudara, orang lain.
-dah nak putus asa…
-Terdesak sangat pada masa tu..
-Duit tinggal (sekian-sekian) cukup-cukup makan..

-TAPI pada satu hari saya terjumpa satu “lubuk rahsia”
-Pendapatan lebih $20k satu bulan..sampai bank account dah penuh..(malah ada yang hype sangat sampai berjuta-juta konon)
-Saya ingin membantu ANDA (sila beli e-book saya) kalau nak tahu rahsianya……
-letak Income screen shoot( biasanya akaun bank di edit guna

PHP Code:
JavaScript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

-offer Money back Guarantee (biasanya mereka tidak akan refund balik duit anda)
-Beli sekarang sebab ada limited bonus

3) Mencari, mengkaji dan menyiasat kebenaran program tersebut. (SEARCH)

Internet penuh dengan bermacam-macam maklumat-maklumat baru setiap hari dan maklumat ini tersebar dengan pantas di Internet. Oleh itu, apa kata kita gunakan kemudahan enjin carian Internet ini untuk membuat sedikit carian maklumat mengenai program tersebut. Menggunakan enjin carian terutamanya Google, masukkan nama pengendali atau nama syarikat tersebut atau apa-apa yang berkaitan dengan program itu dan buat carian.

Dengan membuat carian menggunakan Google, kita pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, penipuan program-program di Internet dan sebagainya. Mungkin perbuatan penipuan yang dilakukan oleh orang sama telah tersebar di Internet melalui forum-forum yang wujud di Malaysia ini. Cara ini amatlah berkesan, tetapi masih ramai yang terjerat dalam program SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan sedikit kajian, dengan hanya menggunakan enjin carian di Google. Google it!

4) Banyakkan bertanya, malu bertanya, duit melayang.(ASK)

Tanya orang ramai sama ada kenalan-kenalan online dan tanya juga pakar-pakar industri (otai)! Di mana kita ingin mencari orang-orang sebegini? FORUM! Ya, melalui forum tanyakan tentang sesuatu program tersebut. Mungkin ada yang tahu dan pernah tertipu. Nasihat mereka amat penting demi duit kita yang kita akan laburkan. Jangan hanya percayakan dari kenalan yang hanya mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Lagi banyak maklumat yang kita dapat dari former-forumer lain, maka kita dapat membuat keputusan yang bijak. Pastikan kita tidak tertipu.

5) Mengenai butir-butir maklumat syarikat. (CONTACT)

Pastikan kita mendapatkan contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut dari pengendali program tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan program SCAM suka sangat menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apakata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan contact details mereka itu. Sekirannya, kita tidak dapat hubungi mereka melalui nombor telefon yang diberi, baik lupakan menyertai program tersebut. Ingat, wang kita dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu dan kita juga yang menyesal. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

6) Pastikan 100% selamat. (MAKE SURE!)

Pastikan kita mendapat maklumat yang benar lagi sahih dari orang ramai. Jangan tinggal satu pun langkah-langkah di atas. Melalui langkah-langkah di atas kita dapat pastikan sesuatu program memang benar-benar memberikan manfaat. Selepas berpuas hati dengan maklumat yang kita dapat dan rasa selamat dengan pelaburan kita. Barulah sertai program tersebut.

Menyertai program pelaburan secara membabi buta bukan pilihan newcomers IM bijak. Katakan N-O-S-C-A-M! Sebenarnya, pengalaman saya sendiri menyertai SCAM ini disebabkan tiada kesedaran diri. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Saya pasti mungkin sebahagian otai-otai IM juga sebegitu sebelum mengetahui cara terbaik menjana wang adalah dengan usaha sendiri. Tiada jalan pintas (short cut). Sekiranya perkara ni terjadi kepada anda, anda bukan sahaja kehilangan wang, usaha malah lebih parah keyakinan untuk memulakan perniagaan Internet yang sebenar luntur.

Sekarang Anda Berpeluang Menyebarkan Ebook Ini Dalam Blog Anda. Sebarkan Supaya Semua Pengguna Internet Malaysia Mengambil Iktibar Dari Panduan Ini. Saya Mulakan Di WC Dan Anda Mulakan Di Blog Anda.

August 21, 2010 - Posted by | eBook | ,

No comments yet.

Leave a comment