Pokjakbiz Blog

Langkah Menuju Kejayaan

Malam Lailatul Qadar


Assalamualaikum dan salam hormat; seperti yang kita semua tahu malam yang penuh berkat ini hanya muncul dalam bulan ramadhan sahaja. Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W (selawat dan salam keatas baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar.
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7 hb September 2010.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita akan mendapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Sumber: Johan_kev CG forum

August 28, 2010 Posted by | Umum | , | Leave a comment

KEBAIKAN TIDUR DILENGAN SUAMI

Di sini saya ingin kongsikan satu tips yang bagus untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Saya telah perolehinya dari salah seorang rakan di facebook. Harap ianya bermanfaat untuk sahabat semua.

Tidor Dengan Bantal Lengan…(Good Info)

Tidur Berbantalkan Dengan Lengan Suami ………

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

PS: kalau dah baca tu lepas ni boleh la praktikkan hehe..:p

Sumber;

Fb Mohd Rasul

August 19, 2010 Posted by | Umum | , | Leave a comment

Sekuntum Mawar Merah

Di sini saya ingin kongsikan satu cerita untuk renungan bersama.

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya diperpustakaan pada waktu lapang.

Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu “Catrina…kesepian & perlukan sahabat”.
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke
rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan
gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis
bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis.
Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Sehingga suatu hari, telah ditakdirkan si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak
akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi
“kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita
berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan
tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar
berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga
mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu
orang tuaku.”

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu…

Beberapa bulan kemudian…

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang
bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang
lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di
kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat
sebelah… sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna
merah… Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si
gadis.

“Catrina?” Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka
terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata “aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu
denganmu..” sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu
terus bersuara..”aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada
seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar
tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di
restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu
orang tuamu…..”

TAMAT

Kesimpulanya daripada cerita ini; berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati
dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang
kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat
itu adalah Catrina… Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti
dia…

Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini???? Menerima
seadanya….dgn hati yg tulus dan ikhlas……… fikir2kanlah….;):

June 23, 2010 Posted by | Umum | Leave a comment

Pengalaman Baru

Ini merupakan blog pertama saya di wordPress.com.

Continue reading

June 15, 2010 Posted by | Umum | Leave a comment