Pokjakbiz Blog

Langkah Menuju Kejayaan

Panduan Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada pembaca blog saya ini;

Di zaman yang serba canggih ini Internet telah menjadi satu medium rangkaian yang semakin banyak digunakan di dunia. Ianya mudah, murah dan pantas. Dengan sebab inilah maka telah ramai di kalangan rakyat malaysia yang telah menceburi bidang perniagaan yang berasaskan Internet. Dan ianya menjadi satu revolusi yang hebat kepada rakyat malaysia pada masa ini walaupun ianya telah lama berlaku di negara-negara barat.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya Internet pada hari ini telah banyak menyumbang dalam kemajuan bidang perniagaan. Fungsi Internet yang paling utama adalah sebagai satu platform kepada entiti perniagaan untul menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan tanpa halangan kos, masa dan tempat. Jelasnya Internet menawarkan banyak kemudahan tambahan kepada perniagaan.

Apakah sebenarnya yang dikatakan Perniagaan Internet atau Bisnes Online?

Dalam hal ini terdapat banyak takrifan atau definisi, namun secara umumnya Perniagaan Internet boleh ditakrifkan sebagai satu model perniagaan yang menggunakan Internet sebagai medium perantaraan. Aktiviti ini merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran, menerima bayaran melalui Internet dan pengurusan khidmat pelanggan secara online.

Kelebihan Perniagaan Internet

  1. Modal yang kecil; malah ada juga yang  langsung tidak memerlukan modal.
  2. Boleh menjalankan perniagaan dari rumah
  3. Semua pengguna Internet di dunia adalah sebagai prospek
  4. Kebebasan waktu kerja
  5. Tidak perlu berjumpa pelanggan hanya menerusi online
  6. Perniagaan automatik

Peralatan atau keperluan wajib sebelum memulakan Perniagaan Internet

  1. Sebuah Komputer atau Laptop berserta line Internet.
  2. Kad Debit untuk urusan jualbeli online
  3. Domain dan Hosting
  4. Autoresponder
  5. Squeeze Page untuk mengumpul Mailing List
  6. Facebook

Untuk pengetahuan anda, kesemua enam elemen dalam senarai di atas itu adalah teramat penting untuk anda miliki kerana ianya menjadi faktor utama kepada kejayaan Perniagaan Internet anda. Untuk mengetahui lanjut tentang elemen-elemen tersebut anda boleh mencarinya dalam Internet (carian google) sama ada yang percuma atau berbayar. Sekiranya anda gagal untuk memiliki dan menguasai ilmu tentang perkara asas tersebut kebarangkalian untuk anda GAGAL dalam Perniagaan Internet adalah tinggi.

Model-Model Perniagaan Internet

  1. Squeeze Page
  2. Blog
  3. Menyertai Program Affilliate
  4. Pengiklanan
  5. Perkhidmatan
  6. Menulis Review Produk
  7. MLM
  8. Pelaburan Forex

Jenis-Jenis Perniagaan Internet

  1. Dropshipping Bisnes
  2. Menjual barangan di ebay
  3. Join program Affiliatte
  4. Jual ruang iklan
  5. Menjual Produk Reseller
  6. Menjual ebook
  7. Programmer
  8. MLM
  9. Designer
  10. Google Adsense

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis-jenis  perniagaan yang terdapat dalam Internet. Yang saya senaraikan ini adalah antara yang paling popular dan ramai orang telah menceburinya. Dengan kata lain anda boleh menjalankan sebarang jenis Perniagaan Internet tetapi pastikan produk atau servis yang anda tawarkan mempunyai permintaan setiap hari.

Sememangnya menjalankan Perniagaan Internet ini bukanlah sesukar mana tetapi tidaklah semudah yang disangka. Anda perlukan fokus yang tinggi dalam memulakan perniagaan online ini. Fokus, kesabaran dan ilmu perlu ada dalam diri anda untuk memastikan anda peroleh kejayaan dalam bidang ini.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan belajar mengenai dunia Perniagaan Internet ini, anda boleh menyertai forum komuniti seperti WangCyber dan DigitalPoint.

Akhir kata dari saya Selamat Maju Jaya.

Jangan lupa kongsikan pengalaman, pendapat dan komen anda di ruangan komen blog ini.

July 18, 2010 Posted by | Bisnes Internet | Leave a comment